UTAMA PROFIL
PRODUK EMOTIONAL QUOTIENT (EQ)

 

Penjana kematangan dengan rahsia kebijaksanaan emosi melalui pemikiran otak kanan terutama bagi kanak-kanak. Pencetus kepada getaran semulajadi bahagian otak sebagai penyimpan segala memori sebelum dikeluarkan semula melalui proses yang tepat, pantas dan menyeluruh. Membantu meningkatkan daya dan tenaga terpendam di dalam tubuh di samping fizikal bagi mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

EQ amat bermanfaat untuk memperbaiki diri kanak-kanak sehingga ke tahap spiritual dan emosi yang mempengaruhi jiwa dan akal supaya lebih matang dan bijaksana di samping membina keperibadian mulia seperti menghormati diri dan orang lain malah alam sekeliling, menghargai kehidupan, berkesantunan, mengamalkan nilai-nilai murni kehidupan dan yang paling penting ialah memahami dan menghayati rahsia penciptaan oleh Maha Pencipta, Allah SWT.

Kaedah penggunaan :

Semburkan 3-5 kali ke dalam mulut atau di bawah lidah (Ulangkan 3 kali sehari). Gunakan menurut hari yang ditetapkan pada setiap botol iaitu waktu siang terdapat 7 botol mewakili setiap hari dan untuk waktu malam juga terdapat 7 botol yang digunakan pada sebelah malam.

Amalkan penggunaan EQ setiap hari. Kesan maksimum bagi kanak-kanak sebelum usia 15 tahun, namun boleh juga diambil oleh orang dewasa.

Perbezaan Nyata EQ dan IQ

Anak anda mungkin telah memiliki I.Q. yang tinggi. Namun sedarkah anda bahawa I.Q yang tinggi sahaja tidak mencukupi bagi kematangan yang ideal…

Mereka mungkin bijak dan cerdik dalam pemikiran matematik dan logik namun kurang berupaya mengawal emosi dan kematangan atau kejiwaan.

Kini dengan EQ anda boleh seimbangkan IQ anak anda supaya kematangan dan kebijaksanaan emosi terbina di dalam diri ke arah kehidupan yang lebih harmoni.

Formula EQ adalah yang pertama seumpamanya berfungsi secara penghantaran isyarat-isyarat elektrik melalui kulit dan saluran deria ke otak yang begitu pantas dan tepat. Berbanding dengan formula otak yang diambil dalam bentuk pemakanan, formula EQ meminimakan kesan-kesan yang rangsangan dan tindakbalas hormon supaya tidak berlakunya implikasi buruk atau kesan sampingan yang lain.

Daya ke arah penyembuhan melalui keseimbangan EQ

Berbagai penelitian telah dilakukan tentang EQ. Prof. Dr. Sir Norhisham menemukan kimia air ionik dengan keistimewaan lebihan elektron iaitu ion-ion negatif didapati mempunyai satu rangkaian molekul dengan atom karbon, hidrogen, nitrogen dan oksigen yang mengerumuni satu atom magnesium. Ini bermakna ia dapat menyamai satu struktur kimia hemoglobin dalam darah. Oleh itu ia bukan sahaja dapat merangsang isyarat magnetik ke otak kanan dalam mengawal emosi dan kebijaksanaan malah ia amat baik untuk rawatan dan pencegahan pelbagai penyakit yang berasaskan kepada pencemaran darah.

EQ adalah berpusat di kawasan stesyen geganti ‘hipotalamus’ sebagai penerima segala bentuk isyarat luaran yang pertama melalui otak sebelum ke bahagian pituitari. Semua maklumat akan dianalisa secara umum dan menyeluruh sebelum diperincikan satu persatu.

EQ dan hipotalamus adalah pusat kawalan segala bentuk emosi atau nafsu di dalam tubuh. Ia akan mengawal tabiat, kelakuan atau segala bentuk perlakuan agar tidak keterlaluan dan matang di dalam menghadapi situasi.

EQ berupaya membangkitkan emosi dan kesedaran yang dapat merawat kegugupan, masaalah sawan, parkinson atau segala bentuk penyakit otak, masaalah jangkitan atau segala bentuk alahan terutama pernafasan dan sinus.

EQ juga merawat tenaga magnetis otak supaya tidak menjadi kaku atau pasif sebaliknya lebih cekap dan pantas menerima dan memberi maklumbalas kepada tubuh.

EQ merawat sistem deria yang sensitif yang terdedah kepada aliran elektrik dan sinar radiasi yang mengubah daya kutub magnet tubuh. Formula ini amat baik untuk meleraikan pencemaran radiasi apabila terlalu lama terdedah kepada komputer atau televisyen.

Cara pemikiran otak kanan (EQ)

EQ menjana pemikiran otak kanan yang menghasilkan pertimbangan yang wajar, secara mudah, bebas dan bersahaja ke arah penyelesaian masaalah. Ia juga membantu meningkatkan tahap penyesuaian secara holistik, sintesis, konseptual dan proaktif. EQ meningkatkan daya fokus pembelajaran yang lebih lama selain gaya penulisan yang lebih kemas serta membina akhlak yang dan tingkah laku yang mulia.

Cara pemikiran otak kiri (IQ)

Pemikiran IQ yang menggunakan otak kiri sebenarnya lebih terhad kepada analisa logikal yang memerlukan langkah demi langkah dan berturutan. Penyelesaian masaalah lebih tertutup dan berulang-ulang yang banyak mencetuskan kekeliruan. Kesannya banyak aktiviti menjadi perlahan selain sangat bergantung kepada analisa satu persatu. IQ tidak berupaya membentuk akhlak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar. Kecerdikan sememangnya wujud namun lebih banyak kesan-kesan seperti berdusta dan mencari helah.

"EQ adalah rahsia di dalam kesabaran dan keheningan"

* Untuk sebarang keterangan atau maklumat lanjut mengenai produk ini sila hubungi Bahagian Farmasi kami di talian 603-5510 8688 (HQ)

PROMOSI TERKINI

GALERI CVT
PRODUK LAIN
KALENDAR CVT
*Sila ke laman kalendar kami untuk maklumat lebih lanjut mengenai aktiviti di CVT
PENGHARGAAN CVT

PENASIHAT COLOUR VIBRATION THERAPY

Tan Sri Norian Mai merupakan bekas Ketua Polis Negara Malaysia. Perlantikan beliau sebagai penasihat CVT memperjelaskan kreadibiliti dan integriti CVT sebagai perintis rawatan getaran warna yang unggul di dunia.

CAPAIAN LAIN

http://www.oiucmed.com

http://www.numerology.com

Semua Hakcipta Terpelihara © 2010 Colour Vibration Therapy Sdn Bhd