Konsep perubatan CVT berkonsepkan keharmonian, keseimbangan dan keberaturan ‘energy’ dalam badan manusia. Kaedah perawatan melalui empat fasa atau turut dikenali sebagai 4 dalam 1 iaitu Kelegaan(Fasa 1), Penyembuhan(Fasa 2), Pencegahan(Fasa 3) dan Pertahanan(Fasa 4).
Kaedah rawatan CVT bersifat semulajadi di mana lebih memfokuskan penyembuhan semulajadi dan merawat sel-sel yang sudah lemah seterusnya mengembalikan tenaga dan semangat kepada pesakit akan kembali normal seperti asal. CVT dalam rawatannya menangani penyakit adalah dengan mengenali warna dalam perspektif penyakit. Ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu berkait rapat dengan inspirasi warna.
Formula rawatan CVT mampu membantu pelbagai jenis ketidkaharmonian kesihatan merangkumi spiritual, emosi, mental dan fizikal. Dengan menggunakan teknologi gelombang tenaga bunga(floral) mengikut antidote iklim yang tepat bagi tujuan kestabilan, keharmonian dan keseimbangan pada tenaga hayat semulajadi tubuh. Ini membuktikan rawatan tradisional mandi bunga sebenarnya amat praktikal dan dapat diterapkan dengan cara moden melalui kaedah hidroterapi ais.
RAHSIA SIGNIFIKAN TENAGA BUNGA DENGAN TENAGA HAYAT SEL-SEL TUBUH.
Tenaga gelombang yang wujud dalam bunga 5 kelopak (bunga 5 kelopak mempunyai tenaga gelombang yang paling tinggi) ini diperangkap, dirakam dan dipindahkan melalui kaedah saintifik kedalam glukos dan pati bunga. Hasilnya ialah tablet glukosa yang dipanggil Natural Wave(NW) dan pati minyak Aromatherapy. Medium asas dalam CVT adalah minyak zaiton yang digabungkan dengan minyak kelapa dara. Ianya bebas daripada dadah, bahan aktif, bahan surihan, bahan awet, pewarna, alcohol dan sumber haiwan. Semua formula CVT adalah murni, suci dan bersih. Formula CVT terbahagi kepada Kecantikan/Rawatan kulit /Nutritisi, Kesuburan dan Seksual, Kecerdasan EQ, Formula anti-oksidan dan Perawatan organ(bahagian yang mengalami ketidakseimbangan).
Konsep rawatan CVT adalah berkonsepkan Ozon Hidroterapi Ais. Ozon hidroterapi ais merupakan konsep rawatan CVT yang dikemukakan melalui teori reaksi Fisi dan Fusi. Melalui teori reaksi ini( Fisi dan Fusi) menjelaskan bahawa penyakit merupakan salah satu bentuk tenaga walaupun ia melibatkan serangan bakteria, virus, fungus (kulat) atau apa saja.
PENYAKIT ADALAH SALAH SATU BENTUK TENAGA
Oleh itu, CVT percaya tenaga yang dikenali sebagai penyakit boleh diubah bentuk atau dipindahkan bagi mengembalikan semula hak tenaga asal pada kedudukan yang telah ditetapkan ke arah keseimbangan dan keharmonian serta menjadi potensi ‘energy’ baru yang lebih kondusif. Perawatan ini membenarkan pesakit untuk pulih tanpa ada sebarang kesan sampingan. CVT menolak sepenuhnya konsep anti-biotik, vaksin yang di anggap tidak selamat.
TINDAK BALAS KE ARAH PENYEMBUHAN
Teori Falsafah dalam disiplin rawatan yang sangat praktikal adalah cara bagaimana kesan tindak balas dapat dielakkan dengan pengawalan kecepatan masa. Tindak balas ke arah penyembuhan bermaksud penyembuhan penyakit bergantung kepada disiplin pengambilan masa yang tepat. Masa yang tepat merangkumi Magnitude (niat), Amplitude (kimia), Frekuensi (sifat) dan Resonan (massa dan masa bersatu). Sel akan bekerja secara harmoni dan seimbang mengikut fungsi sebenar yang menyeluruh bagi bertindak balas.
MERAWAT ATTITUDE (SIKAP)
Penyakit akan sembuh dengan melahirkan serta mencipta(mengubah) sifat-sifat negatif(‘spiritual’) pesakit. Antara sifat-sifat negatif tersebut adalah seperti ketakutan yang luar biasa (fobia), dukacita, kecewa, hampa, Insomnia, hilang semangat dan sebagainya. CVT akan mengubah sifat-sifat negatif tersebut menjadi positif seperti bersemangat, aktif, minat yang tinggi, kecekapan, pertahanan diri yang kuat dan sebagainya melalui konsep perubatan dan rawatan CVT. Perubahan ini akan membantu sel kembali bekerja seperti asal dan penyakit akan beransur pulih.