PENGKHUSUSAN / KEPAKARAN
Penyedia khidmat, produk dan bahan ilmiah bagi perubatan, penjagaan dan perundingan kesihatan serta perawatan penyakit dengan konsep Multi-disiplin Seni Sains Melalui Falsafah Kesihatan selain digarap secara Islamisasi Ilmu.
LATAR BELAKANG PENUBUHAN
Colour Vibration Therapy (CVT) diasaskan oleh Prof Em. Dr Sir Norhisham pada tahun 1999. Pada awal penubuhannya sebagai sebuah syarikat, sebahagian daripada produk dalam bentuk formula yang berkonsep aromaterapi dan telah berada di pasaran dengan penerimaan baik daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Begitu besar manfaat daripada konsep CVT ini, Prof Em Dr Sir Norhisham menubuhkan Institut Colour Vibration Therapy pada tahun 2000 untuk menyalurkan bahan-bahan berilmiah secara saintifik melalui kursus-kursus berbagai peringkat. Terdapat lebih 10,000 ahli yang telah mengikuti pembelajaran berilmiah CVT yang disampaikan seratus peratus oleh Prof Em Dr Sir Norhisham sendiri.
Tahun 2004 dilakari dengan sejarah apabila Institut Colour Vibration Therapy memperolehi status kelayakan gabungan dengan The Open University for Complementary Medicines yang berpengkalan di Colombo, Sri Lanka. Institusi tersebut merupakan organisasi yang mengendali dan menganjurkan pengajian berbagai bidang kursus perubatan dari seluruh dunia serta mendapat pengiktirafan daripada Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Institut Colour Vibration Therapy dinaiktaraf kepada Faculty of Universal Science of Colours yang lebih mencerminkan sifat universal dan kukuh dengan teras ilmu khususnya perubatan. Selaras dengan perkembangan itu, pada tahun yang sama, CVT diwarnai pula dengan penstrukturan baru yang lebih besar, dinamik dan berwawasan khusus dalam bidang kesihatan dan kecantikan di Malaysia.
|